Perutusan - Persatuan Sejarah Malaysia Kawasan Batu Pahat

MENU
MENU
Go to content


Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Syabas dan Tahniah diucapkan kepada barisan kepimpinan baru Persatuan Sejarah Malaysia Kawasan Batu Pahat (PSMKBP) yang telah dilantik dalam Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) Kali Ke 41 pada 10 Februari 2022 yang lalu.

Sepanjang tempoh Peringkat Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilalui bermula 2020 - 2021, PSMKBP berjaya menjalankan beberapan aktiviti walapun dalam suasana yang amat terhad.  Ini disebabkan para AJK terdahulu ini tidak melihat PKP sebagai satu alasan untuk tidak memainkan peranan dalam PSMKBP.  Tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan oleh ahli-ahlinya tetap dijalankan.

Dalam memasuki Fasa Endemik, lebih banyak ruang untuk PSMKBP bergerak secara lebih aktif.  MAT yang dijalankan dalam suasana pematuhan SOP sekali lagi membuka peluang kepada ahli-ahli baru dan lama untuk berkhidmat sebagai AJK PSMKBP.  Semangat berpersatuan amat menonjol dan sebagai sebuah badan bukan kerajaan (NGO), ia adalah antara sesuatu yang luarbiasa.

Harapan saya serta juga AJK yang dilantik untuk sesi 2022/2023 ialah untuk mengadakan lebih banyak aktiviti berbentuk sejarah bertujuan menarik lebih ramai generasi muda ke arah mencintai sejarah tanah air khususnya sejarah Batu Pahat.  Generasi muda dan baru inilah yang bakal mewarisi legasi yang dipertahankan dari zaman ke zaman.  Tanpa mengenali sejarah, siapalah kita.

Suasana Internet of Things (IoT) merupakan satu mekanisma yang akan membantu PSMKBP ke aras penyampaian ilmu dan maklumat kepada masyarakat terutama generasi muda.  Apabila segalanya di hujung jari, maka amatlah penting PSMKBP memastikan maklumat berkaitan sejarah tepat dan tuntas dan bukan menyeleweng demi kepentingan pihak-pihak tertentu.

Ahli sekali, saya mewakili PSMKBP amat mengalu-alukan sebarang idea serta sumbangan daripada masyarakat di luar PSMKBP untuk menjalin sebarang kerjasama ke arah melestarikan usul sejarah tanah warisan kita.

Sekian.


HJ.ROPIE BIN SUBARI
PENGERUSI
PERSATUAN SEJARAH MALAYSIA KAWASAN BATU PAHAT
2022/2023

Persatuan Sejarah Malaysia Kawasan Batu Pahat
Dikemaskini : 08 MAC 2022M / 5 SYAABAN 1443H
Back to content